“Hubba A’ilaty “

CARA MEMBUAT TAPAI SENDIRI

Posted by: sofieyya on: November 2, 2006

Tapai Pulut (tunteja cari.com.my)

bahan2..
-beras pulut
-ragi
-air (teja guna air masak..guna air mentah leh gak kot sbb lps tu nak kukus lg sekali)

cara2..

1)rendam beras pulut..2-3 jam pon dah ok

2)masak air lm kukusan sampai mendidih..then leh start kukus..utk alas beras teja guna jaring yg selalu org wat bungkus bawang

tapai011.jpg

3)angkat bila pulut dah naik wap..

4)’arung’ pulut ngan air..utk 1 mangkuk beras teja guna lebih kurang setgh cawan air..cara arung..curah air skit2 atas pulut then gaul sampai rata..tenyeh2 skit ngan senduk spy pulut jdk lembut

bila dah ‘arung’ leh nampak cm pulut berkilat skit compare ngan masa mula2 angkat

5)kukus pulut utk kali ke 2..lapik ngan sudu

6)angkat bila naik wap..then sejukkan (balik2kan pulut tu agar tak berpeluh)

7)sementara tunggu pulut sejuk leh sediakan ragi..selalu teja guna tapis tea utk parut ragi jdk serbuk..utk semangguk beras pulut teja guna lebih kurang 1sudu teh serbuk ragi..kl byk sgt nnt tapai jdk pahit skit

8)tabur ragi then gaul rata..make sure pulut dah betul2 sejuk

9)boh lam container

10)bungkus ngan kain..then leh la peram

petua org tua2
1)masa bungkus or proses sejukkan pulut tu jgn terenjis air or tgn basah sbb nnt tapai jdk merah
2)masa proses peraman tu jgn bukak selalu sgt bungkusan terutama hr pertama sbb selalu kl buat tapai nnt tapai akan demam..kl tgk nnt tapai terkejut..jdk masam or tak masak
3)jgn buat tapai masa ‘bulan mengambang’..nnt tapai jdk merah
4)jangka masa tapai masak terpulang pd org yg membuatnya..kl teja 2 hr insyaallah dah masak

…………………………………….o0o0…………………………………….

Tapai Pulut [speedial]

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut = 400 gm beras pulut (1 cawan = 200 gm pulut)
2 cawan air
1/4 biji ragi – 1 biji ragi dipotong 4

Cara-cara:
Panaskan kukusan, guna api yg kuat.
Beras pulut dicuci bersih dan toskan airnya. (Beras pulut tak perlu direndam)
Masukkan beras pulut dan air ke dalam loyang.

Kukuskan selama 15 minit.
Setelah 15 minit angkat kukusan.

Gemburkan biar pulut sekata.

Kukus lagi selama 10 minit dan bolehlah diangkat.
Masukkan pulut tadi ke dalam dulang & pinggan yg besar, biar hingga sejuk.

Setelah pulut betul2 sejuk (make sure betul2 sejuk sbb kalau tak betul2 sejuk tapai akan menjadi merah), taburkan ragi ke atas pulut tadi.
* Ragi boleh terus diparut ke atas pulut tadi menggunakan penapis teh atau boleh diparut ke dalam bekas dulu kemudian ditabur ke atas pulut yg telah sejuk.
Kemudian terbalikkan pulut yg telah ditabur ragi ke sebelah bawah, dan tabur lagi ragi ke atas pulut yg telah diterbalikkan sehingga kesemua pulut sudah ditabur ragi.

Masukkan pulut ke dalam bekas kedap udara dan hendaklah dibalut dgn kain.
Biarkan selama 2 hari barulah boleh dimakan.

TIPS:
Pastikan pulut betul2 sejuk baru ditabur ragi kalau tidak nanti tapai akan menjadik merah.
Pastikan jugak pulut yg telah ditabur ragi tidak terkena air.
Jangan selalu dibuka takut nanti tapai tak masak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

TAPAI PULUT (hanieliza)

bahan
1 kilo beras pulut [basuh dan toskan]
1 biji ragi [besar duit 50 sen] – [hancurkan dan ayakkan]
daun pisang atau daun getah atau daun jambu laut[hanya ada kat terengganu kot]
lidi untuk sepitkan daun
500 ml air untuk renjis/siramkan pada pulut

cara:
1. Masukkan pulut dalam periuk kukusan dan kukuskan pulut sehingga naik wap.
2. Keluarkan pulut dan siramkan ngan air dan gaulkan rata.
3. Kemudian kukus semula sehingga naik wap lagi.
4. Keluarkan pulut dan masukkan dalam talam [dulang] dan selerakkan pulut.
5. Biarkan pulut betul-betul sejuk [dalam 2 - 3 jam] dalam suhu bilik.
6. Taburkan rata2 ragi yg telah diayakkan tadi.
7. Gaulkan rata dan biarkan sebentar.
8. Bersihkan dan lapkan daun.
9. Kepalkan pulut sebesar bebola ikan dan masukkan dalam daun.
10. Klipkan dengan lidi dan masukkan dalam bekas.
11. Simpan bekas tu selama 24 jam baru lah dimakan.

NOTA: Sekiranya susah nak dapatkan daun..boleh juga kepalkan pulut tu dan susunkan berselangseli dalam bekas kaca. Tutupkan dan simpan selama 24 jam juga.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

16 Tanggapan ke "CARA MEMBUAT TAPAI SENDIRI"

NO 7,Jln 29/5 shah bandar,Bandar Mahkota Cheras,
43200 sg.long selangor.

salam…

sy b’cadang nak komersialkan tapai pulut ni…

kalo susah nak dpt daun…boleh tak diisi dlm bekas plastik?

==================================

boleh jer..sprt gambar si atas di isi di dalam bekas jer..tp klu nk komesyel tu..tk jamin ler plak klu ikut mcm resipi di atas..tahan berapa lama.

tolong kata-katanya di perjelas sehingga pembaca mudah mengerti and juga bahasanya harus indonesia
makasih………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………..
………………….
…………
………………..
……….
………………………….

++++++++++++++++++++++++++++++

Sorry tommy saya hanya copy paste aja dari forum teman2..dan saya pernah mencoba resep ini, berjaya kalau di ikuti step by step…

so kalau ingin perjelas dalam bahan indonesia saya kurang mahir..maaf ya.

Sebelum membuat tapai terutama untuk komersial pastikan ragi yang akan di guna. Jangan salah beli kerana ragi yang dijual ada kalanya untuk membuat tapai masam. Air tapai masam biasanya untuk campuran samsu/tuak.

Jika membuat tapai ubi kuning pastikan ubi nya benar-banar ubi kuning yang boleh dibuat tapai. Ada dua jenis ubi kuning. Jika ubi kuning untuk kerepek mungkin tidak lembut bila direbus (tidak sesuai untuk tapai.

++++++++++++++++++++++

thnk en hassam..di atas tip2 tu..lebih baik dptkan ragi yg di jual oleh makchik kampung kt pasar2 ..lebih terjamin dan quality yg baik.

tapai aku berkulat..
tu mknenye jdik ke tk???
klu tk jdi..bole tlg bg tau ape slah aku…?

kalau berkulat tu namanya tk jadi ler…sllnya 2/3 hari dh ok..klu berkulat , maybe cara pembuatan ..contoh bekas yg nak di isi tapai tu kena betoi2 kering..dan segala peralatan pun kena kering jg..selamat mencuba

Makasih ye ats tips – tips encek

kalo nak buat tapai pulut manis cmna ek?

aku nak cuba buat tapi aku takut x menjadi nanti……so aku kene betul2 blajar step by step…so aku kene carik yang betul2 simple n puas hati……anyway good luck 2 my self……hihihihihi

jangan pakai beras wangi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tok wan saya suka buat sendiri je tapai ni,takut x menjadi agaknya lah.lagi satu,kalau sedang ‘period’ memang tak boleh nak datang dekat la ‘time’ tu.paling sedap tapai bungkus dalam daun getah muda.wangi…

kami ikut semua cara2 yng dinyatakan, tapi tapai nya jadi masam dan bewarna kekuningan2.
harap beri komen

apaka cara2 membuat ragi nya

srry salah bagaimana cara membuat ragi nya:)^^

Saya cuba resipi Hanieliza – terima kasih ye. Memang puas hati kalau boleh buat tapai sendiri sebab bila beli pun belum tentu sedap kan? Satu tip tambahan untuk semua – taburkan serbuk gula batu ke atas tapai selepas kukusan kedua nescaya tapai anda akan lebih manis.

jgn guna plastic bawang tu, toksid la.

Tinggalkan Balasan

Glitter Photos

 

November 2006
S M S S R K J
« Sep   Des »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

a

Blog Stats

  • 124,068 hits