Posted by: sofieyya on: September 13, 2006
IKAN PEKASAM (hanieliza)
Bahan-bahannya:
ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
2 s/b garam halus
1 cawan asam jawa
Caranya:
1. Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
4. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
5. Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan didapurs elama 2 atau 3 hari..
6. Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk.
Cara masak
1. JANGAN BASUH ikan pekasam.Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasamdengan api perlahan sehinggan masak dan garing.
2. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
3. Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
4. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
5. Sedia untuk hidangkan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Cara MembuatPekasam:
http://ikanpuyu.fotopages.com/?&page=4
Bahan-bahannya:
2 pot susu beras
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam)
1 cawan garam
Cara membuatnya:
Basuh ikan sehingga bersih dan gaulkan bersama garam. kemudian peramkannya selama dua malam.
Serbuk Pekasam
Goreng beras tanpa minyak sehingga kekuningan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian mesin atau kisarnya sehingga hancur.
Selepas itu, beras yang telah hancur diayak dan ambil hasilnya. Keluarkan ikan yang telah dua malam diperam dan gaulkan bersama serbuk tersebut.
Peram semula selama dua malam dan setelah itu boleh dimakan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
PEKASAM IKAN
7 ekor ikan sepat atau ikan lampam
1-2 sudu makan jus limau nipis
100 gm garam kasar
20 keping asam gelugur
50 gm asam jawa
120 gm beras
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Perap ikan bersama jus limau dan 1 sudu besar garam selama 2 jam.
2. Bersihkan dengan air dan tuskan hingga betul-betul kering.
3. Satukan ikan dengan baki garam dan serbuk kunyit.
4. Selitkan 2 atau 3 keping asam gelugur ke dalam perut setiap seekor ikan.
5. Campurkan asam jawa dengan sedikit air untuk mendapatkan air asam jawa pekat. Lumurkan pada ikan seluruhnya.
6. Susun ikan di dalam bekas bertutup. Tutup kemas-kemas. Biar selama 2 malam.
7. Goreng beras tanpa minyak hingga keemasan kemudian tumbuk atau kisar halus.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Resepi dari duchessofkent
ikan dibasuh bersih, then lumur dengan garam (kuantiti yg banyak) & peram selama 3 mlm
Lepas 3 mlm tu, basuh ikan tu balik sebersih-bersihnya …. untuk buang garam tu (tapi ikan already masin).
Then perap ikan dengan beras goreng (tanpa minyak) yg telah dimesin halus.
resepi ie tkder plak asam..sbb klu mak buat letak asam jg cam resepi kak liza tuu…
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
CARA MEMBUAT TELUR ASIN(Noormasri)
caranya:
basuh telur itik tu bersih2 tapi mak akak buat dia jemur sket telur tu lepas basuh tak tahu utk apa akak buat kat sini tak ada pun jemur2..alhamdulillah jadi gak..
masakkan air dan buh garam hingga masin rebing sehingga mendidih kemudian sejukkan…maaf akak tak pernah sukat garam ( % garam)..next time akak sukat..Insya’Allah
masukkan telur kedlm balang kaca/plastik..masukkan air garam tadi..biarkan selama sebulan..(akak suka selepas 3 minggu aje rasa masin sket2 je)
**kalau guna telur ayam peram selama 1 bulan 20hari**
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Serbuk sekam padi di bakar.
Campurkan garam dgn tanah liat.
Balut telor tersebut dgn tanah tadi.
Then, di golek plak dgn sekam padi yg telah di bakar.
![]() |
Resepi/gambar dr blog http://pakupakis.blogsome.comTelur berwarna saja putih(biasa telur itik) dibersihkan dan dan dijemur seharian juga…untuk 10 biji telur anggaran kasar garam digunakan 500-700 gm.
- pastu boleh dijeruk dengan air masak yg suam dimasukkan garam dan dikacau sehingga kelihatan agak likat.
-Biarkan tenggelam kesemua telur dan boleh dapat result dlm minggu kedua kalau terlalu masin(garam lebih)….kalau sedang2 masin airnya…minggu ke-3 Insya-Allah ok rasanya.
apa punya resepi la ni
1st time saya nampak resipi buat telur asin sendiri. Tak sabar nak cuba tapi kena cari telur itik dulu. Pada penyumbang resipi ni terima kasih banyak-banyak
Juli 5, 2007 pada 6:03 am
da cara lain bwt bkin tlor asin yg cpet g?
trus ap anda jg m’produksi tlor asin jg?